Sunday, April 3, 2011
kekuasaannya dengan penuh keadilan
kekadang.... kita selalu menyalahkan yang lain..... jarang sekali kita dengar, menyalahkan diri sendiri.... ada juga yang menyalahkan Tuhan.... nauzubillah mizali.....insaflah wahai sahabat..... sebenarnya Tuhan itu Maha Adil Lagi Maha Mengetahui...kita hanya mampu merancang, tetapi hanya Tuhan yang menentukan... kadang kala Tuhan beri kita sakit...... tetapi sebenarnya Tuhan sedang menguatkan antibody dalam badan kita supaya kita dapat melawan penyakit yang sama... kadang kala Tuhan beri kita sedih.... tetapi sebenarnya, Tuhan ingin memberi kita kekuatan.... air mata yang mengalir membasahi pipi bukanlah satu kelemahan seseorang.... tetapi sebenarnya memberi sinar kepada diri untuk terus menjana mencari kuntum2 idea untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi... kadang kala Tuhan memberi kita masalah yang berat.... tetapi sebenarnya Tuhan sedang membantu kita untuk berfikiran matang... Tuhan sedang mengajar kita tentang erti sebenar sebuah kehidupan di dunia sebelum melangkahkan ke alam akhirat dipenuhi dengan manusia yang pentingkan diri sendiri... kenapa dipenuhi dengan manusia yang pentingkan diri sendiri?? kerana di sana, kita tidak dapat membantu diri sendiri apatah lagi orang lain.... Tuhan sedang mengjar kita erti sabar kerana masih ada yang terbaik di mana kita sedang menuju... perjalanan ini penuh dengan liku2.. dengan onak duri... semua itu adalah pengajaran daripada Tuhan untuk hambaNya...jika kita masih tidak faham dengan apa yang Tuhan takdirkan kepada kita....kita masih merujuk pada sejarah dan pengajaran di dalam kitab yang tiada kepalsuan... renungkanlah.... betapa Tuhan itu Maha Adil lagi Maha Mengetahui... Dia tahu hambaNya tidak faham apa yang diberi olehNya, Dia menurunkan kitab Al-Quran sebagai tunjuk ajar kepada mereka.... gunalah pemikiran..... janganlah guna perasaan yang selalu digoda oleh syaitan durjana yang penuh jahil.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment